Home Berita PAS Melaka

Tahniah ketegasan PDRM | Dulu minta maaf, selesai – Jamaruddin

396
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 17 Apr : Inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga desakan kuat daripada pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani isu-isu sensitif harus dipuji.

“Kalau kerajaan sendiri tidak berkeras untuk segera ambil tindakan, akan jadi macam masa PH (Pakatan Harapan) memerintah dulu.

“Buat, lepas tu minta maaf. Bendera terbalik, minta maaf. Tapi lambat. Dah lama baru polis nak pergi siasat. (Suspek) mohon maaf, selesai.”

Demikian dinyatakan Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah, Jamaruddin Ahmad ketika ditemui Wartawan Rakyat Melaka (WARM) di sini, pagi tadi.

Menurut beliau, kerajaan PN sekarang dilihat mempunyai keazaman politik (political will) untuk mengubah perkara ni.

Kata Jamaruddin lagi, kejadian majikan memukul pekerja kerana berpuasa dan isu video ‘promosi judi Aidilfitri’ memang jelas salah dari segi norma masyarakat Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Dah tahu judi ini tidak boleh dipromosikan secara terang-terang, buat juga. Lepas tu buat promosi judi untuk raya (Aidilfitri) pula. Ni satu penghinaan!

“Tapi kita nampak sekarang tindakan polis, segera. Kita harap tindakan ini akan lebih diperketatkan lagi, diperkemaskan lagi. Tak perlu tunggu aduan (orang awam).

“Sebab yang saya dapati laporan atas kes video itu dibuat laporan oleh polis sendiri. Sebab perkara ini tular, bukan orang awam sahaja tengok, pasti polis pun ada tengok sekali. Jadi polis sendiri boleh buat report,” ujar Jamaruddin lagi.

Tambah beliau lagi, rakyat pada masa ini memang dapat melihat perubahan dalam cara bekerja PDRM dengan kepimpinannya sekarang ini yang komited terhadap integriti seperti Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang dilihat bekerja keras membuat perubahan dalam penguatkuasaan undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador

“Bagus polis ambil tindakan segera. Memang saya setuju. Sebab benda ni kita ambil tindakan sebelum benda ini (menjadi) lebih besar. Lebih parah. Sebelum isu-isu sensitiviti kaum jadi lebih besar,” ujar beliau lagi.

Kata Jamaruddin lagi, semasa 22 bulan pemerintahan PH banyak percubaan-percubaan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang disifatkan cuba menjolok sarang tebuan ini.

Menurut beliau tindakan-tindakan yang mencabar umat Islam ini sebenarnya umpama satu cubaan untuk melihat sejauh mana kerajaan dan orang-orang Islam bertindak balas.

“Dulu zaman PH dan sebelum-sebelum ini kadang-kadang kita tengok dah report sampai berpuluh report tapi masih tak ada tindakan. Macam simpan tepi.

“Sebab Akta ISA dah dibatalkan. Dulu orang takutlah sikit. Undang-undang ni untuk mengajar. Sama macam denda RM10 ribu. Maksud undang-undang itu bukan (semata-mata) untuk denda, tapi untuk beri pengajaran,” ujar beliau lagi.

Menurut Jamaruddin tindakan penguatkuasaan di zaman PN memang dilihat lebih agresif dan tidak nampak campur tangan kerajaan dalam mengganggu siasatan terutama kes berkaitan pemimpin politik berbanding zaman PH dan kerajaan-kerajaan sebelum ini.

Tegas beliau lagi, kerajaan harus menegakkan kedaulatan undang-undang dan integriti tidak mengira siapa samada mereka rakyat biasa atau pemimpin negara.

“Tidak kira siapa. Mana-mana pemimpin politik yang ada kes rasuah atau jenayah mesti bersedia dibicarakan dengan telus dan dikenakan hukuman jika bersalah. Tidak kira pemimpin kerajaan atau pembangkang,” ujar beliau lagi.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .