Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah Kerana Menjadi Tetamu Allah Jemaah Haji 1440H

4425
SHARE

Tahniah Kerana Menjadi Tetamu Allah Jemaah Haji 1440H

‎لَبَّيْكَ اللَّـهُمَّ لَبَّيْكَ , لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ , إنَّ الحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَك

Allah Ta’ala memerintahkan dalam Al-Quran,

‎وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
“Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam”. (Al Imran: 97)

Syukur alhamdulillah, puji dan selawat ke hadrat Ilahi dengan limpahan nikmat, taufik dan hidayah yang diberikan.

Dikesempatan ini, saya mewakili seluruh saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) ingin mengucapkan Tahniah dan selamat menunaikan ibadat haji kepada semua jemaah haji yang terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini, Para jemaah yang terpilih adalah dalam kalangan ribuan, malahan jutaan HambaNya yang ingin menjejakkan kaki ke bumi Baitullah.

Muslimat PAS mendoakan agar segala perjalanan ke tanah suci Makkah dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan amal ibadat serta ambillah peluang dan ruang sepanjang berada di sana untuk bermunajat dan diberi peluang untuk memperbanyakkan amalan solat sunat dan melihat kebesaran Maha Pencipta yang terbentang luas.

Peluang keemasan ini haruslah diisi dengan penumpuan pada ibadah yang didasarkan kepada peradaban sebagai tetamu kepada Yang Maha Kuasa dan kutiplah segala ibrah yang bakal dihadapi. Moga diberi ketenangan dalam menunaikan ibadah Haji.

Peringatan juga kepada seluruh jemaah haji, agar menjaga kesihatan dan mematuhi undang undang prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia.

Semoga kemabruran ini terus segar sekembali pada tanah air dan menjadikan kita lebih berkobar kobar ingin mengerja cinta Allah.

“Islam Memimpin Perpaduan”

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
1 Zulkaedah 1440H
4 Julai 2019