Home Artikel PAS Johor

PAS SEKIJANG ANJUR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERPADUAN UMMAH SEBAGAI PENUTUP TIRAI SYAWAL 1440H.

535
SHARE

PAS SEKIJANG ANJUR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

PERPADUAN UMMAH SEBAGAI PENUTUP TIRAI SYAWAL 1440H.

4 Julai 2019(Sekijang):

Sebagai penutup tirai bulan Syawal yang telah sampai ke penghujungnya,kepimpinan PAS Kawasan Sekijang akan menganjurkan ‘Rumah Terbuka AidilFitri Perpaduan Ummah 2019 anjuran bersama:
Komuniti Pusat Aduan Rakyat(PAR) DUN Pemanis untuk mengeratkan ukhuwwah dan silaturrahim bersama masyarakat setempat.

Program ini akan diadakan pada masa , tarikh , dan tempat serta ketetapan berikut:

Tarikh: 5 Julai 2019

Hari: Jumaat.

Jam: 8.30 mlm-11.00 mlm.

Tempat: Rumah Hj.Rahman Bin Hj.Rumadi,No.2 ,Batu 3 ,Kampung Jawa,Segamat,Johor.

Antara tetamu undangan ialah:
1.Al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin Husin (Pesuruhjaya PAS Negeri Johor).

2.Datuk Dr Hj Baharum bin Hj Mohamed
(Ketua UMNO Bahagian Sekijang).

3.Tuan Hj.Anuar Bin Abd. Manap
(Naib Ketua UMNO Bahagian Sekijang).

4.En.Ab.Aziz Bin Abdullah(Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor).

Turut diundang untuk hadir adalah :

1.Pn.Hjh.Rahana Binti Mohamad(Ketua Wanita UMNO Bahagian Sekijang)

2.Tn.Hj.Mohd.Nor Saidil Bin Ibrahim(Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sekijang).

3. Pn.Shabariah Binti Jamaluddin (Ketua Puteri UMNO Bahagian Sekijang).

Berikut adalah aturcara majlis:

8.45 -9.00 mlm : Ketibaan pengunjung & tetamu selepas Solat Isyak.

9.00 mlm-9.15mlm : Ucapan aluan pengerusi,bacaan doa & marhaban.

9.30 mlm: Ucapan ‘Salam AidilFitri’ beberapa orang pimpinan/ tetamu undangan sambil hadirin/ pengunjung menikmati jamuan.

11.00 mlm: Majlis bersurai.

Semua pimpinan masyarakat dan semua penduduk setempat yang berada di sekitar kawasan Sekijang dipersilakan hadir untuk memeriahkan majlis ini .
Harap dipersudikan jua.Terima kasih.

Akhir kata ,terimalah serangkap pantun :

Di pagi hari menangkap ikan
Dapat seekor si ikan sepat
Kedatangan tuan puan kami nantikan
Semoga silaturrahim terjalin erat.

*ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”*

Salam hormat:
Normala Binti Sudirman .
Setiausaha Program
Rumah Terbuka AidilFitri
Perpaduan Ummah
PAS Kawasan Sekijang
Merangkap
Penyelia Pusat Aduan Rakyat
DUN Pemanis.