Home Artikel PAS Wilayah

Sambutan Aidilfitri PAS Batu Meriah di Sentul

524
SHARE

BATU, 2 Julai – Program Gema Aidilfitri PAS Batu meriah dengan kehadiran hampir 500 pengunjung berbilang kaum ke tapak majlis di Dataran Persatuan Penduduk Fasa 8/9, Bandar Baru Sentul, Ahad lalu.

Tetamu yang mula hadir pada pukul 2.00 petang itu disajikan dengan pelbagai juadah istimewa seperti lemang, rendang, nasi impit, mee kari, laksa, kari kambing, ais krim dan berbagai sajian lagi.

“Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi memeriahkan Gema Aidilfitri PAS Batu tahun ini dan para ahli PAS yang berusaha keras dalam menyediakan juadah serta memastikan program hari ini berjalan lancar,” demikian ucapan Puan Hajah Salbiah binti Abdul Wahab selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu.

Sambutan tahunan ini turut dihadiri oleh YB Senator Ustazah Nuridah binti Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia serta pimpinan – pimpinan UMNO Bahagian Batu dan PKR Cabang Batu. Kehadiran para pimpinan dari pelbagai parti politik ini membuktikan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diamalkan oleh PAS Kawasan Batu mendapat sambutan yang sangat baik dari kalangan masyarakat awam.

Ustaz Azhar Yahya selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Batu turut menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur dan pengunjung dengan membaca sebuah doa dari hadis Rasulullah SAW bagi memberkati majlis, “Allahummaghfirlakum warhamkum wa bariklakum fi ma razaqnakum. Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati kita semua,” ujar beliau lagi.

Gema Aidilfitri PAS Batu yang menutup tirai sekitar pukul 5.00 petang ini menyaksikan para tetamu tersenyum riang dengan sambutan yang diadakan dan kanak – kanak turut bergembira kerana mendapat duit raya dari PAS Batu.

rpt

rpt