Home Artikel PAS Melaka

Dr Zuhdi rasmi MAT PAS Kawasan Jasin

278
SHARE


Oleh : Ummu Husna

JASIN, 10 Ogos : Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Jasin kali ke 53 yang berlangsung di Dewan Japerun Serkam, Merlimau di sini semalam.

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh adik Awaldin Nazir, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Ustaz Kamarudin Sidek sebelum Dr Zuhdi menyampaikan ucapan perasmiannya.

Majlis perasmian MAT PAS Kawasan Jasin pada kali ini dimeriahkan lagi dengan penyerahan borang ahli baharu dari cawangan Tehel, penyerahan borang dari Ketua Penaja PAS Cawangan Pondok Kempas dari DUN Bemban dan penubuhan cawangan baharu PAS di dalam DUN Merlimau

Antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis perasmian ini ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail yang hadir sebagai wakil dari Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Ketua Umno Bahagian Jasin, YB Datuk Hassan Rahman, Naib Ketua Umno Bahagian Jasin, YB Datuk Zaidi Attan, Bendahari Perhubungan Umno Negeri Melaka, Datuk Wira Ghazale Mohammad dan wakil dari pemuda dan wanita Umno Bahagian Jasin.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)