Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Tahniah Kerajaan Negeri Kedah yang Baharu

356
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Tahniah Kerajaan Negeri Kedah yang Baharu

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah diatas pembentukan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang baharu dibawah Perikatan Nasional.

Lebih manis, ADUN Jeneri, YAB Muhammad Sanusi Md Nor yang mewakili PAS secara rasminya telah dilantik sebagai Menteri Besar setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Keretakan dalam

PH bukan sahaja berlaku di kerajaan pusat, bahkan berlaku di negeri bilamana ramai ahli akar umbi bertindak beralih sokongan akibat tidak lagi yakin dengan parti masing-masing yang tidak stabil.

PAS berharap barisan Kerajaan Negeri Kedah akan meneruskan kecemerlangan Kerajaan Pusat yang telah menunjukkan prestasi terbaik kepada rakyat dalam fasa pandemik COVID-19 ini. Seterusnya, menjadi pemangkin lebih banyak kejayaan pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 kelak.

PAS juga berharap semoga kerajaan baharu Negeri Kedah menjadi kerajaan yang diberkati dengan membawa rahmat untuk seluruh warga Kedah Darul Aman.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
17 Mei 2020 | 24 Ramadhan 1441