Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

TAHNIAH kepada Semua Calon SPM!

2602
SHARE

Hari ini merupakan hari keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan. Seramai 443,883 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM 2017 di 3,363 pusat peperiksaa seluruh negara.

Kejayaan yang terlakar pada hari ini menjadi pencetus semangat kepada semua calon SPM untuk terus melakar kejayaan di hari yang mendatang.

Walaubagaimanapun, kepada calon yang belum berpeluang memperoleh keputusan cemerlang, kuatkan tekad dan usah kecewa kerana kegagalan hari ini tidak bermakna gagal untuk selamanya.

Kami Muslimat PAS merakamkan ucapan tahniah dan syabas buat semua calon SPM tahun 2017 di seluruh negara.

Tidak dilupakan ucapan tahniah ini selayaknya diberi buat tenaga pengajar dan pendidik yang tidak jemu mendidik anak bangsa serta ibu bapa yang sentiasa mendorong kejayaan anak mereka.

Muslimat PAS meletakkan harapan yang tinggi buat anak bangsa yang akan memimpin negara Malaysia ini kelak agar menggunakan peluang yang ada ini sebaiknya untuk mempersiapkan diri memimpin agama, bangsa dan negara akan datang.

Semoga kejayaan yang diraih dalam pelajaran ini seiring dengan nilaian adab dan akhlak dalam kehidupan seharian semua.

Semoga terus cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.

Muslimat Memacu Kemenangan
Sejahtera Bersama Islam

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
15 Mac 2018 bersamaan 27 Jamadilakhir 1439