Home Berita PAS Terengganu

SPM 2017: Tahniah kepada semua

2642
SHARE

TAHNIAH buat adik-adik yang baru saja mendapat keputusan SPM 2017 hari ini. Semoga kejayaan yang diperolehi hari ini dapat membantu melancarkan perjalanan menuntut ilmu pada masa akan datang.

Jangan berputus asa sekiranya target yang diinginkan tidak berjaya dicapai dalam peperiksaan kali ini. Selagi Allah mengizinkan kita untuk belajar, kita masih ada masa untuk berusaha mencapai sesuatu yang lebih baik dalam apa saja bidang yang bermanfaat.

Semoga ilmu yang dimiliki dan yang bakal dipelajari akan dapat dimanfaatkan oleh manusia sejagat, umat Islam khususnya.

Apa saja keputusan yang terpapar di slip untuk kalian hari ini, jangan lupa selalu menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Sekali lagi, TAHNIAH!

Yang Meraikan Kejayaanmu,
Ameerah Terengganu