Home Kenyataan Media PAS Johor

MP Pagoh pandai main ‘wayang’

2749
SHARE

MP Pagoh pandai main ‘wayang’

14 Mac 2018:
Hari ini bekas TPM yang juga ahli Parlimen Pagoh tampak dimalukan apabila gagal menjawab pembuktian sahih berkenaan fitnah beliau ke atas Tuan Guru Dato’ Seri Presiden PAS.

Ada pon keangkuhan beliau yang enggan menarik balik fitnah tersebut sebenarnya membenarkan dan mensahihkan pengakuan beliau seawal dipecat dari menjadi Timbalan Presiden UMNO bahawa “saya UMNO totok” di suatu majlis di Panchor, Pagoh. Ini jelas apabila beberapa sikap beliau sebenarnya masih menampakkan jiwanya masih UMNO.

Biarpun kini menjadi orang penting dalam Pakatan Harapan (PH), jelas beliau masih mempercayai sumber dari TV3 dan Utusan yang sedari dulu ditolak oleh pakatan pembangkang kerana menjadi agen fitnah rasmi bagi Barisan Nasional.

Semua pihak perlu sedar wayang yang cuba dilakonkan oleh ahli Parlimen Pagoh ini apabila cuba meletakkan tahi GST ni kepada PAS terutama konon ucapan Tuan Guru Dato’ Seri Presiden PAS di dalam Parlimen telah menyokong GST. Walhal, selaku orang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri sepatutnya beliau faham perlunya mengiktiraf handsard (penyata rasmi) Parlimen dengan menjadikannya rujukan sahih atas apa yang berlaku dalam Parlimen.

Rakyat Malaysia khususnya masyarakat Pagoh sepatutnya sedar dan masih ingat pada ketika ucapan Tuan Guru Dato’ Seri Presiden PAS itu diputar belit, telah berlaku pengundian belah bahagi bagi meluluskan atau menggagalkan GST. Apa yang menarik, pada saat dan ketika itu, ahli Parlimen Pagoh ini masih duduk di sebelah Perdana Menteri selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan beliau telah menyokong perlaksanaan GST ini.

Untuk rekod, setakat ini hanya PAS yang masih istiqamah (konsisten) menolak GST secara total. Malah PAS melalui Muktamarnya telah menyatakan GST adalah haram. Bukan sekadar itu, PAS juga telah mendatangkan cadangan penyelesaian melalui Dokumen Hijau yang bakal dilaksanakan sekiranya diberi mandat menjadi Kerajaan Malaysia kelak.

Lihatlah wayang dan watak ahli Parlimen Pagoh ini. Pada beliau sendiri telah menyokong GST, dikatanya orang lain yg menyokong. Pada masa menjadi pembangkang kini, beliau masih menjadikan sumber fitnah UMNO (TV3 dan Utusan) sebagai rujukan. Sikap angkuh dan sombong serta pemutar belit fakta yang menjadi sifat lazim pemimpin UMNO masih tebal dalam diri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Untuk makluman semua, PAS Kawasan Pagoh telah bersiap sedia untuk menghadapi UMNO BN dalam PRU14 ini. Laluan lebih mudah untuk PAS menghadapi PH dan BN dalam PRU 14 nanti. Rakyat pastinya celik dan cerdik dalam memilih bakal kerajaan dari parti yang bebas daripada tuduhan rasuah dan penyelewengan.

Ahmad Nawfal Bin Mahfodz
Pengarah JPrK Pagoh
Timbalan Ketua DPPN JOHOR