Home Berita PAS Kelantan

Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Liga Elit – ADUN Tawang

55
SHARE


TAWANG, 21 September: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang, YB Dato’ Hassan Mahamood mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Liga Elit DUN Tawang Tahun 2022 yang diadakan di Padang Turf Kota Bharu sebelumnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah kejohanan tersebut di Kompleks Masjid Daruttarbiah, Kampung Wakaf Zin, baru-baru ini.

Dalam perlawanan yang membabitkan 11 pasukan itu, johan diperolehi oleh pasukan Budi FC, naib johan pasukan Tawang FC dan tempat ketiga bersama dimenangi pasukan Senok FC dan Julok FC.

Johan menerima hadiah wang tunai RM3000, piala dan medal, naib johan menerima wang tunai RM2500, piala dan medal, manakala tempat ketiga bersama menerima wang tunai RM1500 dan medal.

Menurut YB Dato’ Hassan, untuk musim akan datang beliau berharap akan lebih banyak penyertaan dan dengan permainan yang lebih bersemangat.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bachok, YB Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, para penghulu dan kakitangan Pusat Khidmat DUN Tawang.