Tahniah Kabinet Berwibawa dan Berintegriti
YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin, Perdana Menteri dengan rasminya telah mengumumkan pelantikan seluruh Jemaah Menteri yang terdiri daripada ahli-ahli politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.
Muslimat PAS menyokong penuh senarai penuh kabinet yang telah dibentuk dan berharap agar semua ahli Jemaah Menteri dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya ke arah membina Malaysia yang Sejahtera. Benarlah firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran ayat 26;
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Di kesempatan ini juga Muslimat PAS mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Parlimen PAS yang telah dilantik untuk memikul amanah ini bersama-sama dengan Perdana Menteri yang baharu. Semoga aspirasi Kerajaan Teknokrat yang dibawa oleh PAS dapat membantu pemerintahan dan pentadbiran negara ke arah yang lebih baik.
Kami mendoakan segala perancangan, gerak kerja dan usaha dipermudahkan oleh Allah SWT. Selamat berkhidmat untuk negara Malaysia!
“Malaysia Sejahtera”
“Islam Memimpin”
YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
9 Mac 2020, 14 Rejab 1441