Home Kenyataan Media PAS Selangor

Rakaman Tahniah PAS SELANGOR Pembentukan Kabinet Malaysia

3862
SHARE

RAKAMAN TAHNIAH
BADAN PERHUBUNGAN PAS SELANGOR

YB DATO DR AHMAD YUNUS HAIRI
PESURUHJAYA PAS SELANGOR

PEMBENTUKAN KABINET MALAYSIA

  1. Badan Perhubungan PAS Selangor merafak rasa syukur kepada Allah SWT di atas pengumuman Saff Kabinet Malaysia oleh YAB Perdana Menteri. Dengan pengumuman tersebut, berakhir kemelut dan “perang persepsi” dari pelbagai pihak.
  2. Kini tiba masanya, semua Anggota Kabinet yang dipilih melaksanakan tugas dengan penuh amanah, integriti dan meletakkan kepentingan rakyat menjadi keutamaan.
  3. PAS Selangor juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS sebagai individu pemimpin yang menyusun atur perjalanan penglibatan PAS dalam Kerajaan Malaysia pada ketika ini.
  4. Mewakili seluruh ahli PAS Selangor, saya turut mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato Takiyudin Hassan Setiausaha Agung PAS dan pimpinan-pimpinan yang dipilih menganggotai Kabinet Malaysia. Semoga Allah SWT memberi kekuatan serta hidayah dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan.

سيروا على بركة الله

14 Rejab 1441H | 9 Mac 2020

SAFF KABINET BARU MALAYSIA

MENTERI & TIMBALAN MENTERI PAS

MENTERI

  1. MENTERI ALAM SEKITAR
    YB Dato Tuan ibrahim Tuan Man
  2. MENTERI JPM (PARLIMEN & UNDANG-UNDANG)
    YB Dato Takiyudin Hasan
  3. MENTERI PERUSAHAAN, PERDAGANGAN & KOMUDITI
    YB Dr Khairuddin Aman Razali

TIMBALAN MENTERI

  1. TIMBALAN MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
    YB Ahmad Marzuk Shaary
  2. TIMBALAN MENTERI (WANITA & KELUARGA)
    YB Dato Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff
  3. TIMBALAN MENTERI (SUMBER MANUSIA)
    YB Awang Hasyim
  4. TIMBALAN MENTERI (SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI)
    YB Hj Ahmad Amzad Hashim
  5. TIMBALAN MENTERI II (PERTANIAN & INDUSTRI MAKANAN)
    YB Dato Che Abdullah Mat Nawi