Home Berita PAS Kelantan

Tahniah! Hak suri rumah kian terjamin

156
SHARE

KOTA BHARU, 9 Ogos: Menurut Kenyataan Media dari Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi mengucapkan tahniah Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia di atas kelulusan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 dalam Dewan Rakyat pada 25 Julai 2022 yang lalu.

Katanya, RUU ini membuktikan bahawa kerajaan komited dan amat prihatin menjaga kebajikan dan kesejahteraan antara komponen utama dalam sesebuah keluarga, iaitu suri rumah di Malaysia.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan, saya amat bersyukur dan menyokong inisiatif Kerajaan Malaysia yang memberikan kesedaran terhadap masyarakat mengenai komitmen besar suri rumah bagi merealisasikan dan memartabatkan matlamat Keluarga Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Kelantan sentiasa mengangkat agenda suri rumah melalui program Hari Suri Mithali, Tokoh Suri Parlimen dan Tokoh Suri pelbagai kategori di peringkat Negeri dan Skim Bantuan Cakna Suri, manakala Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) juga merupakan sebagai pelengkap kepada skim tabungan I-Suri di dalam KWSP sejajar dengan pentingnya sumbangan mereka kepada keluarga dan negara.

Justeru komuniti suri rumah yang berjumlah 2.99 juta yang berkhidmat hampir 24 jam di rumah masing-masing serta terdedah kepada pelbagai risiko, secara tidak langsung pengorbanan mereka ini sebagai pengurus rumahtangga dan penyumbang langsung pembentukan generasi dan pembangunan negara akan terus terjamin.