Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Tahniah Dr. Luqman Atas Pelantikan Sebagai Mufti Wilayah Persekutuan

619
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Tahniah Dr. Luqman Atas Pelantikan Sebagai Mufti Wilayah Persekutuan

Parti Islam Se-Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Luqman Abdullah berikutan pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.

Pelantikan Dr Luqman dilihat tepat pada masanya apatah lagi Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad Kelantan ini memiliki kelayakan yang sesuai hingga ke tahap Sarjana Doktor Falsafah (PhD) dari Edinburgh.

Beliau berasal dari keturunan yang terkenal dengan budaya ilmu di mana ayahanda beliau ialah Tuan Guru Haji Abdullah Abdul Rahman seorang ulama terkenal di Kelantan yang memiliki institusi pengajian Pondok Lubuk Tapah di Pasir Mas.

Pondok Lubok Tapah menghasilkan ribuan pelajar termasuk dari Thailand, Indonesia dan Singapura.

PAS yakin dengan pelantikan beliau ini mampu memacu Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dengan lebih jitu selepas menyaksikan penyandang, Dato’ Seri Dr Zulkifli Muhamad Al Bakri sebelum ini meninggalkan legasi yang baik hingga dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam kabinet Perikatan Nasional.

Selamat bertugas kepada Dr. Luqman, semoga istiqamah dalam menyampaikan kebenaran demi kemakmuran dan kesejahteraan Wilayah Persekutuan khususnya dan Malaysia amnya.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia
17 Mei 2020 | 24 Ramadan 1441