Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Tahniah Dato’ Sri Ismail Sabri sebagai PM ke-9

73
SHARE

Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang ke-9.

Pelantikan ini merupakan satu amanah yang didoakan semoga Dato’ Sri sentiasa dipandu oleh Allah SWT dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin negara yang tercinta ini.

Sesungguhnya dengan pelantikan sebagai Perdana Menteri ini juga diharapnya Dato’ Sri dapat mengekalkan serta mempertahankan pentadbiran yang berintegriti, mempertahankan kedaulatan undang-undang serta sentiasa menjaga kebajikan dan keharmonian rakyat.

Di samping itu, kami amat berharap agar segala usaha dalam memerangi Covid-19 dapat diteruskan dan dipergiatkan agar Malaysia dapat pulih dari pandemik ini dengan izin dari-Nya.

Selamat menjalankan tugas Dato’ Sri. Siiru a’la barakatillah.

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

Usatazah Hasanah Idris
Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang