Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Tahniah buat Mursyidul Am PAS

1282
SHARE

Kenyataan Media Penerangan 207/78
4 Zulkaedah 1439 | 17 Julai 2018

TAHNIAH BUAT MURSYIDUL AM PAS


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Hj Hashim Jasin kerana telah menerima anugerah Darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang membawa gelaran Datuk. Penganugerahan tersebut bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang ke-75 di Istana Arau pagi tadi.

Ia merupakan satu pengiktirafan pihak istana atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang pada tahun 2004 hingga 2013 khususnya dan kepada seluruh ahli PAS umumnya. Semoga Allah memberkati penganugerahan yang telah diberikan dan melanjutkan usia beliau dalam keredhaan-Nya. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.