Home Kenyataan Media PAS Melaka

Tahniah Atas Perlantikan Menteri Besar Kedah Baharu | PAS Melaka.

1596
SHARE

 

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran ke Hadrat Illahi di atas perlantikan YAB Haji Muhammad Sanusi Md. Nor sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Sekalung tahniah juga kepada YAB dari Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM).

Ironinya tentang perlantikan ini adalah hari ini juga terbentuk kesepakatan terhadap penubuhan Perikatan Nasional (PN) antara parti-parti utama PAS, BN, BERSATU, GPS, PBS dan STAR

Pertukaran Kerajaan Negeri Kedah dari PH kepada PN dan kesepakatan ini adalah isyarat tentang keutuhan PN dalam menghadapi PRU 15 yang akan datang.

Berpengalaman sebagai Setiausaha Politik kepada Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak, mantan Menteri Besar Kedah di samping pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pusat semasa PRU 14 yang lalu dan juga menerajui beberapa NGO, BPPNM yakin dengan kemampuan YAB untuk menerajui Negeri Kedah ke satu tahap kemajuan yang diredhai Allah SWT.

BPPNM juga mendoakan YAB sentiasa di bawah Bimbingan Allah SWT dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan pembangunan Negeri Kedah Darul Aman.

USTAZ KAMARUDDIN SIDEK
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)