Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah Anakanda Miftahul Jannah Teguh Pendirian Pertahan Prinsip

1,620 views
SHARE

Tahniah Anakanda Miftahul Jannah Teguh Pendirian Pertahan Prinsip

Dewan Muslimat PAS Malaysia merasa bangga terhadap atlet Judo yang berasal dari Acheh, Miftahul Jannah kerana tegas menyatakan prinsip iaitu, tidak akan membuka tudungnya semata-mata ingin bertanding di Asian Para Games 2018.

Walaupun sudah pasti ada sekelumit rasa sedih dalam diri beliau setelah berhempas-pulas berlatih untuk acara yang dinantikan itu, beliau dikhabarkan lebih rela mendapat pandangan yang tinggi di sisi Tuhannya.

Perkara ini seharusnya menjadi motivasi buat seluruh wanita di luar sana agar tidak malu dan segan untuk mengenakan hijab atau bertudung selari dengan syariat Islam.

Di kesempatan ini, kami menyeru dan mengajak seluruh wanita Muslim sama ada di dalam atau di luar negara agar kembali kepada ajaran Islam iaitu memelihara aurat dengan sempurna. Tudung bukan hanya membalut kepala, bahkan ia menjadi simbol maruah seorang wanita.

Mudah-mudahan Allah S.W.T mengurniakan taufiq dan hidayah kepada kita semua untuk memelihara aurat dan istiqamah dalam amalan kebaikan.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
9 Oktober 2018 bersamaan 29 Muharram 1440