Home Berita PAS Kelantan

Taekwondo mampu disiplinkan diri – Exco Sukan

52
SHARE

KOTA BHARU, 11 Dis: Teakwondo adalah seni mempertahankan diri yang penting kerana ia mampu mendisiplinkan diri dan membina jati diri yang kuat.

Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata demikian ketika hadir pada hari pertama Kejohanan Taekwondo (WT) Kyorugi dan Poomsae Jemputan Sekolah-sekolah dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Kelantan.

Kejohanan tersebut adalah anjuran Majlis Sukan Negeri Kelantan di bawah kelolaan Persatuan Taekwondo Negeri Kelantan (WT).

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari dan berakhir semalam di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan itu membabitkan penyertaan melebihi 1000 peserta dari Kelantan dan Terengganu dengan 36 kategori dipertandingkan.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan hadiah berupa medal, pingat dan sijil kepada para pemenang.