Home Berita PAS Sarawak

Tadarus Ramadhan Bersama Masyarakat

894
SHARE

Bintulu – Dewan Muslimat PAS Kawasan Bintulu (DMPKB) melalui Lajnah Dakwah telah mengadakan satu program tadarus Al-Quran sempena Bulan Ramadhan.

Program Tadarus ini menyasarkan kaum wanita yang berada di sekitar surau terpilih. Kehadiran yang sangat memberangsangkan daripada penduduk setempat datang untuk mengimarahkan program Tadarus Al-Quran tersebut. Komitmen daripada ahli muslimat yang hadir untuk bersama-sama bertadarus memberi peluang ahli muslimat untuk dekat dan mengenali masyarakat setempat dan pada masa yang sama membantu untuk membaca Al-Quran dengan baik

Sebelum mula tadarus, para wanita yang hadir dibiasakan untuk solat dhuha berjemaah dan diteruskan dengan penyampaian tazkirah ringkas yang dipetik daripada buku TAZKIRAH RAMADHAN, koleksi kata-kata Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Melalui program ini menunjukkan bahawa Muslimat PAS sentiasa mementingkan dakwah Islam kepada masyarakat setempat yang merupakan dasar dan tujuan PAS itu sendiri. Menurut penduduk wanita yang hadir, mereka seronok untuk belajar dan membaca Al-Quran walaupun ada yang masih kurang fasih untuk membacanya.

Muslimat PAS Bintulu akan meneruskan program tadarus sepanjang ramadhan kali ini dan juga pada Ramadhan akan datang, In Shaa Allah. Semoga dengan program ini dapat menambahkan lagi amalan di Bulan Ramadhan dan mendekatkan kita kepada Allah.

 

 

{jathumbnail off}