Home Berita PAS Sarawak

Ngabang Gawai Ke Rumah Ketua DHPP Sarawak

1187
SHARE

PAS Kawasan bintulu mengadakan ziarah atau dalam bahasa Iban di panggil “Ngabang” Gawai ke rumah Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak, Clement Bayang pada 31 Mei iaitu malam perayaan bagi orang dayak.

Clement dan isterinya sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada PAS Kawasan Bintulu dan mereka sendiri menyediakan pelbagai kuih yang halal untuk kami. Turut hadir pada bersama ziarah ini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak bersama suaminya yang juga merupakan Pengarah Jabatan IT PAS Negeri Sarawak.

Melalui ziarah ini, jelas terbukti bahawa PAS tidak mengenepikan budaya kaum lain selagimana tidak bertentangan dengan syariat Islam. Orang bukan Islam memahami dan menghormati orang beragama Islam, sekiranya mereka diberikan kefahaman yang betul dan juga tingkah laku yang baik.

Dengan adanya DHPP di Sarawak, PAS akan melebarkan pengaruhnya ke seluruh rakyat Sarawak tidak mengira kaum dan agama.

 

{jathumbnail off}