Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur Surah Al-Anfal: Siri 17

324
SHARE

?? Tadabbur Al Quran ??
Surah Al-Anfal: Siri 17

Ayat: 45-46 : Seruan agar Thabat ketika Berhadapan dengan Musuh

? Firman Allah serta terjemahannya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٤٥)

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (٤٦)

Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

? Tafsir ringkas:

1. Ayat-ayat sebelum ini menyatakan tentang beberapa bantuan Allah SWT kepada tentera Islam sebelum perang Badar bermula.

2. Seterusnya, Allah memerintahkan orang mukmin agar berhati teguh atau tetap bersabar apabila berhadapan dengan musuh. Namun Nabi SAW turut berpesan agar janganlah terlalu teruja untuk bertemu musuh, sebaliknya mohonlah keselamatan daripafa Allah SWT dan sentiasa bersabar.

3. Allah SWT turut memerintahkan orang mukmin tetap mengingati Allah walaupun sedang berperang. Sebagaimana hadith Nabi SAW, “Sesungguhnya hamba-Ku yang sebenarnya ialah seseorang yang selalu ingat kepada-Ku di saat dia sedang memukulkan senjata.”

3. Ayat seterusnya, Allah SWT menyeru mereka agar taat kepada Allah dan Rasul-Nya dalam keadaan tersebut. Segala apa yang dipe­rintahkan Allah kepada mereka mesti dilakukan, dan semua yang dilarang-Nya mesti mereka tinggalkan dan janganlah mereka saling berbantahan di antara sesama mereka kerana akibatnya akan memecah-belahkan kesatuan mereka sehingga mereka akan dikalahkan dan mengalami kegagalan.

4. Seruan seterusnya adalah agar orang beriman bersabar dalam keadaan yang genting dalam peperangan, begitu juga pada masa-masa yang lain. Hal ini kerana ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya memerlukan mereka menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh kedua-duanya. Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

? Pengajaran

1. Tetapkanlah pendirian apabila berhadapan dengan individu, kumpulan atau pemikiran yang bertentangan dengan Islam. Tambahkan pembacaan dan perbincangan agar keyakinan terhadap Islam yang syumul tidak berubah.

2. Sentiasalah bersabar dan jangan sengaja mencari masalah dengan pertelingkahan yang tidak perlu sama ada sesama mukmin atau dengan musuh sekalipun. Bertindaklah dengan pelan dan strategi yang jelas.

3. Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah walau di mana jua dan dalam keadaan apa jua sekalipun. Mereka yang bersungguh-sungguh berjuang dalam Islam tidak akan lalai dengan Allah SWT, mereka sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT.

4. Taatilah perintah Allah SWT, Rasulullah SAW dan para pemimpin yang mentaati kedua-duanya.

5. Bersabarlah dan utamakanlah kesatuan dan perpaduan sesama orang beriman, kerana kesatuan akan menjelmakan kekuatan.

? Rujukan:
Tafsir Ibnu Katsir
Al-Quran Tafsir bil Hadis

Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak.
29 April 2021 / 17 Ramadhan 1442