Home Berita PAS Kedah

Ar-Rayyan menghidupkan sambutan nuzul al-quran

43
SHARE

Oleh AIN NISRINA

PENDANG,29 Apr : Program Semarak Ar-Rayyan yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah kerjasama Nisa’ Pendang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Mohd Hayati Othman.

Kebetulan sempena peristiwa penting dalam bulan Ramadhan iaitu peristiwa Nuzul Al-Quran, program ini rancak diisi dengan sunat dhuha, tadarus Al-Quran dan ceramah Nuzul Al-Quran yang melibatkan penglibatan masyarakat di sekitar Pendang.

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Dato’ Dr Mohd Hayati, beliau sempat berpesan kepada hadirin tentang ujian dari Allah dalam bentuk Covid-19 ini bagi mengingatkan kita terhadap kekuasaan Allah S.W.T. Bukan sahaja kita pada zaman ini, bahkan zaman-zaman sebelum ini juga telah Allah uji seperti ‘Spanish Flu’ dan sebagainya.

Apa yang menariknya, program ini juga menampilkan anugerah tokoh-tokoh kepada masyarakat yang banyak bertungkus lumus dalam melaksanakan gerak kerja di bulan Ramadhan.

Sesi anugerah tokoh ini disempurnakan oleh YB Dato’ Dr Mohd Hayati sendiri selaku Exco Kerajaan Negeri dan Adun Tokai yang berkhidmat. Anugerah tokoh ini sebenarnya dicetuskan sebagai suntingan semangat dan qudwah kepada masyarakat.

Program ini diharapkan dapat dilansungkan lagi pada musim yang akan datang dan menjadi wadah yang bermanfaat buat masyarakat Pendang.