Home Berita PAS Kelantan

Tabung Serambi Mekah peruntukkan RM72.2 juta

155
SHARE

KOTA BHARU, 19 Jan: Bermula tahun 1991 sehingga Oktober 2022, Kerajaan Negeri melalui Tabung Serambi Mekah telah memperuntukkan RM72.2 juta bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang ditimpa pelbagai musibah yang berlaku di seluruh negeri Kelantan.

Menurut sumber daripada Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, bagi tahun 2022 sahaja, bayaran yang direkod sehingga September ialah RM855,461 yang membabitkan bantuan kepada 105 kes kebakaran, 512 kes ribut, 40 kes rawatan perubatan dan lain-lain kes sebanyak 480.

Kerajaan Negeri di bawah Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) sentiasa komited membantu individu dan masyarakat khususnya golongan miskin, daif, ditimpa malapetaka, bencana alam dan menghidapi penyakit-penyakit kronik.

Selain itu, Tabung Serambi Mekah juga bermatlamat menampung kos projek infrastruktur bagi kesejahteraan rakyat.