Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Tabung pinjaman tanpa faedah (Qard Al-Hassan) selesai isu pembiayaan perumahan

1,052 views
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 169/40

11 JamadilAwal 1439 | 28 January 2018

TABUNG PINJAMAN TANPA FAEDAH (QARD AL-HASSAN) SELESAI ISU PEMBIAYAAN PERUMAHAN

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan/

1. Cadangan kerajaan supaya mengurangkankadar faedah perumahan perlu diteliti sebaiknya malah, PAS pernah menggesa supaya tabung pinjaman perumahan tanpa faedah di atas prinsip ‘Qard Al-Hassan’dikemukakan oleh pihak kerajaan.

2. Perumahan, khususnya perumahan mampu milik kepada golongan M40 dan B40 adalah antara golongan yang tersepit dengan isu pemilikan tempat tinggal yang kini dilihat masih belum mampu milik.

3. Sedang Ia merupakan keperluan paling asas kepada rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan bagi menyediakan *polisi yang terbaik dan berpandukan prinsip syari’ah.*

4. Tabung pinjaman perumahan tanpa faedah ini akan berfungsi *meringankan beban para prospek pembeli rumah* sekaligus menyediakan ruang kemudahan bagi mereka memiliki unit kediaman kelak.

5. Walaupun ini bukanlah ‘solely factor’ terhadap isu lambakan perumahan hari ini, namun langkah yang lebih jitu dan strategik dalam menangani hal ini perlu digerakkan dengan kerjasama kerajaan negeri dan pusat.

6. Kita perlu memahami bahawa lebih separuh daripada 89.1 peratus hutang isi rumah kepada KDNK pada 2015 adalah disebabkan pembiayaan kepada perumahan dan harta tanah. Ia menjadi faktor terbesar yang perlu mendapat perhatian oleh pihak kerajaan.

7. Selain berdepan masalah bekalan rumah yang berstatus “mampu milik”, masalah *harga rumah yang tinggi dan tidak sepadan dengan kedudukan semasa gaji* golongan sasar di samping ruang pembiayaan perumahan yang menekan menjadi faktor utama menyumbang kepada masalah perumahan di negara ini.

8. Justeru, PAS konsisten dan sekali lagi menggesa kerajaan supaya turut mempertimbangkan langkah *menyediakan tabung pembiayaan perumahan berkonsepkan ‘Qard Al-Hassan’ (tanpa faedah) sebagai salah satu langkah memudahkan pembeli memperoleh rumah kediaman.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.