COVID-19 masih berleluasa telah memaksa kerajaan untuk melaksanakan ‘Total Lockdown’ atau PKP 3.0 bermula 1 – 14 Jun 2021.
Serentak dengan pelaksanaan PKP 3.0 ini, sudah pasti ada segelintir masyarakat terjejas punca pendapatan mereka. Ada yang kehilangan kerja, terpaksa bercuti tanpa gaji dan terpaksa menangguh urus niaga akibat sekatan pergerakan. Tidak lupa juga mereka yang telah kehilangan orang tersayang akibat COVID-19.
Bagaimana mereka hendak menyara kehidupan keluarga mereka?
Apa peranan kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin?
Ayuh, bersama-sama kita menyumbang kepada Tabung Bencana COVID-19 bagi meringankan bebanan mereka. Semoga usaha ini dapat membantu golongan yang lebih memerlukan di seluruh negara.
#MalaysiaPrihatin
#PerpaduanNegara