Home Berita Dewan Pemuda PAS Malaysia

Syurga Menantimu Wahai Ustaz Daud Serta Isteri… InshaAllah.

678
SHARE

Sebak mendengar cerita ibu kepada Al marhum Ust Daud berkenaan peristiwa yang berlaku sebelum ajal menjemput almarhum.

” Laksanakanlah ibadah di bulan Ramadhan tahun ini dengan bersungguh-sungguh. Boleh jadi Ramadhan tahun ini adalah yang terakhir buat kita. Kita tak tahu samaada sempat lagi atau tidak dengan Ramadhan tahun hadapan”. Pesan al marhum Ust Daud dalam tazkirah malam pertama tarawih.

Almarhum juga membersihkan surau bersungguh-sungguh sehari sebelum tiba Ramadhan, seolah-olah beliau tahu akan meninggalkan surau ini dalam tempoh waktu yang lama.

Al Marhum Ust Daud bersama isterinya al marhumah Ustazah Maimun terkorban dalam satu kemalangan jalanraya petang satu Ramadhan. Kereta Viva yang mereka naiki dilanggar kereta Nissan Latio mengakibatkan dua anak mereka cedera parah, salah seorang darinya Nor Najihah umur sebelas tahun kritikal pendarahan dalam otak masih belum sedarkan diri.

Takdir Allah dalam sekelip mata sembilan anak mereka kehilangan ibu ayah tempat mereka bermanja selama ini.

Dari sembilan anak mereka hanya Nor Amalina Mastura sahaja yang sudah bekerja sebagai pembantu PASTI dan Najwa Liyana sudah berumah tangga.

Anak bongsu mereka Mohd Fadzil 9 tahun adalah seorang OKU. Setiap bulan arwah ayahnya akan bawa ke hospital. Fadzil turut tercedera dalam kemalangan ini, kedaannya terkini masih belum diketahui.

Anak- anak mereka yang lain Nor Aina Fasihah, Mohd Fitri juga seorang OKU, Mohd Syukri masih menuntut di Kolej Vokasional Kemaman, Nurul Izah masih di tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Dungun dan Nur Humairah tingkatan satu Sekolah menengah Agama Marang.

Al marhum Ustaz Daud bin Setapa 55 tahun turut aktif dalam kerja-kerja politik dan dakwah. Beliau diamanahkan sebagai timbalan Ketua PAS cawangan Kg Batangan. Manakala Isterinya almarhumah Ustazah Maimun binti Mamat 48 tahun sebagai SU Muslimat PAS cawangan Batangan. Selain pertalian pasangan suami isteri, mereka juga adalah sepupu.

Pasangan syurga (Inshaallah) ini meninggalkan kita selama-lamanya pada hari pertama ramadhan dan belum sempat berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Berbukalah kau di sana bersama para solihin. Takziah dari kami kepada kaum keluarganya, moga tabah hadapi ujian Allah, semoga Allah tempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman..

Kami menyeru kepada semua pihak agar turut serta membantu bagi meringankan bebanan keluarga ini terutama dari sudut kewangan bagi menampung kos pengajian anak-anak yatim piatu ini. Contohilah Baginda Rasulullah di bulan Ramadhan penuh barakah ini menjadi orang yang paling dermawan melebihi kedermawanannya di bulan-bulan lain.

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun Maybank 563019256220 atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN Mohon maklumkan jumlah sumbangan anda melalui sms@Whatsapp 0195452471

Semoga Allah murahkan rezeki dan memberkati seluruh hidup anda. Jazakumullah Khair atas keprihatinan dan kecaknaan anda.”Mara Menuju Cita”
“Syabab Charity for Ummah”.

Mohd Akmal hj Kamarudin
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat DPPM

{jathumbnail off}