Home Tazkirah Ramadhan

Terapi Jiwa Melalui Juz 2

615
SHARE

Hati manusia semestinya perlu didik untuk mengingati Allah sepanjang masa. Waktu terbaik untuk berhubung dengan Allah ialah semasa solat dan berdoa. Sewaktu kita berdoa, Allah pasti ‘qarib’ iaitu berdekatan dengan hamba-Nya. Apabila hati kita menerima kehadiran Allah, sudah pasti anggota tubuh badan juga mulai khusyuk serta menuruti titah perintah Allah SWT. Hayati firman Allah berikut:

Maksudnya: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku sentiasa dekat (dengan mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta berada dilandasan benar. (Al-Baqarah:186)

Apabila hati kita sedar bahawa Allah sentiasa dekat, maka segala kemungkaran akan dijauhi. Perasaan gerun dan berserah diri kepada Allah sentiasa mendampingi kita. Manfaatkanlah hari-hari berkat di Ramadhan 1438H ini dengan membuat latihan hati untuk menerima kehadiran Allah sepanjang detik dan ketika.

AHMAD BIN YAKOB
2 Ramadhan 1438H

Sila Layari:

https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/
https://www.instagram.com/datoahmadyakob/

{jathumbnail off}