KUALA KRAI, 19 Sept: YB Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman telah melakukan lawatan ke SMK Sultan Yahya Petra 1 untuk meninjau program suntikan vaksin kepada pelajar-pelajar sekolah menengah berusia 16 & 17 tahun sebagai persiapan untuk pembukaan sekolah nanti.
Menurut Abdul Latiff, program ini adalah yang pertama diadakan kepada pelajar sekolah menengah dalam daerah Kuala Krai anjuran PPD dan PKD Kuala Krai.
Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam program ini.