Home Berita PAS Kedah

Sumbangan Tahun Baru Cina DUN Kuala Ketil

85
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA KETIL – ADUN Kuala Ketil YB. Mejar Mansor Zakaria telah menyampaikan sumbangan sebanyak 30 hamper beserta wang tunai kepada kaum Tiong Hua DUN Kuala Ketil.

Sumbangan daripada YAB Menteri Besar Kedah Hj.Muhammad Sanusi Mohd Nor telah diserahkan kepada kaum tersebut bagi menyambut tahun baru tidak lama lagi.

Menurut YB, beliau juga menyampaikan sekotak buah limau kepada semua penerima di Balai Bomba Sukarela, Kuala Ketil.

“Terima kasih kepada Ah Huat selaku wakil kaum Tiong Hua,yang menjadi pemudah cara bagi sumbangan kali ini”.ujar YB.

Hadir bersama ialah pengarah PKWR Kuala Ketil Tuan Hj Mustafa Salleh bersama beberapa orang Jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kuala Ketil (PKWR) yang lain.