Home Berita PAS Kedah

100 keluarga terima sumbangan Tahun Baru Cina

81
SHARE

 

KUALA KEDAH, 20 JUN – Seramai 100 keluarga terdiri daripada  masyarakat Tiong Hua dalam Parlimen Kuala Kedah menerima sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai.

Sumbangan ini disampaikan oleh YB Dr Ahmad Fakhruddin Bin Fakhrurazi sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut beberapa hari lagi.

Pada kali ini, sumbangan diagihkan kepada dua lokasi berbeza.Lokasi tersebut adalah Anak Bukit dan Pengkalan Kundor dengan seramai 50 orang penerima daripada setiap lokasi.

Sumbangan berupa bekalan makanan dalam bentuk hamper raya itu diagihkan dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah.

Sumbangan ini bertujuan untuk meraikan kegembiraan masyarakat Tiong Hua dalam Parlimen Kuala Kedah sempena kedatangan Tahun Baru Cina tidak lama lagi selain membantu meringankan beban mereka dalam perbelanjaan harian.

Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin, berkata sumbangan berkenaan adalah sebahagian usaha Pejabat Menteri Besar Kedah dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kedah untuk menceriakan sambutan Tahun Baru Cina selepas tamatnya pandemik covid.

“Kita mahu menceriakan suasana, terutama dalam keadaan beberapa tradisi sambutan Tahun Baru Cina di samping mengeratkan silaturrahim dengan kepelbagaian budaya di Malaysia.”
.
“Kita komited untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira batas bangsa dan agama ketika musim perayaan ini dengan barangan keperluan yang kita harap dapat menceriakan mereka,” katanya.