Home Berita PAS Kelantan

Sumbangan One Off Anak Yatim Kelantan Fasa 2 DUN Gaal

18
SHARE
GAAL, 18 Jul: YB ADUN Gaal, Ustaz Mohd Rodzi Ja’afar menyampaikan telah menyempurnakan penyampaian Sumbangan One Off Anak Yatim Kelantan Fasa 2 bagi DUN Gaal, pagi ini.
Sumbangan dan bantuan khas tersebut diberikan kepada anak-anak yatim yang melibatkan seramai 100 orang penerima untuk kali ini. Mohd Rodzi menzahirkan terima kasih dan rasa syukur kepada Kerajaan Kelantan yang sentiasa peka dan cakna kepada golongan Dhuafa’ sebegini demi kelangsungan hidup mereka dengan lebih baik.
Majlis penyampaian sumbangan tersebut yang berlangsung di Pejabat Khidmat DUN Gaal, dilakukan secara pandu lalu dimana penerima tidak perlu menunggu giliran untuk mengambil sumbangan.