Home Berita PAS Kedah

Sumbangan khemah pada peniaga kecil dalam DUN Bukit Pinang

168
SHARE

Oleh WAN AMIRUL

POKOK SENA, 26 Julai 2021 : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim menyampaikan khemah bantuan perniagaan kepada 50 peniaga di sini.

“Program hari ini kita jalankan secara ringkas dan pandu lalu, bagi mengekang penularan Covid-19”.

Ramai daripada penerima tadi menggunakan peralatan yang lama dan agak uzur. “Dengan adanya bantuan dari Kerajaan Negeri Kedah ini, ia membantu mereka untuk terus bersemangat berkerja dan mencari rezeki.” katanya ketika ditemui.

Seorang penerima yang ditemui, Saudara Fitri bin Minai menyatakan, beliau menggunakan meja lipat beliau itu semenjak beliau mula berniaga 20 tahun lalu.

Tambahan beliau, dengan adanya bantuan sebegini dapatlah meringgankan beban para peniaga untuk mempunyai aset sendiri.

Negeri Kedah telah diperuntukkan sebanyak 100 khemah kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk diedarkan kepada para peniaga di setiap DUN.