Home Berita PAS Melaka

SUMBANGAN BAUCAR PAKAIAN PERSEKOLAHAN KEMBALI LAGI

682
SHARE

 

Oleh : Ahmad Kautsar

Ayer Keroh: Program Back To School (BTS) kembali lagi sebagai acara tahunan di bawah anjuran bersama JPrD Durian Tunggal dan PAS Cawangan Gangsa.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Shahabudin Senin di pentas legar pasaraya MYDIN di sini, semalam.

Seramai 35 orang peserta program pada kali ini menerima sumbangan berupa baucar set  lengkap pakaian persekolahan bagi meringankan dan memudahkan asnaf menjelang hari persekolahan yang akan datang.

Turut hadir ialah mantan penyelia Dun Durian Tunggal, Mohsin Ibrahim dan ahli-ahli PAS Durian Tunggal bersama-sama menemani peserta BTS memilih pakaian yang ingin mereka beli dengan menggunakan baucar yang diberi.