TEMANGAN, 19 Sept: ADUN Temangan, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli pagi ini menyampaikan bantuan pendidikan kepada 35 orang pelajar di sekitar DUN Temangan yang berjaya menyambung pelajaran ke IPTA/S.
Mohamed Fadzli berharap dengan bantuan yang diberikan ini, dapat meringankan sedikit bebanan buat pelajar-pelajar untuk menyambung pelajaran dan menuntut ilmu di peringkat Universiti.
Penyampaian sumbangan ini dilakukan secara walk-in tanpa sebarang perhimpunan.