Home Berita PAS Johor

Sultan Johor murka

528
SHARE

SULTAN JOHOR MURKA!

Suatu yang sangat tidak bertanggungjawab  apabila fitnah dilakukan ke atas Sultan. Apakah tiada lagi rasa hormat?. Sedangkan umum mengetahui betapa Tuanku dan Institusi DiRaja sangat mengambil berat tentang ehwal rakyat.

Terlalu banyak bukti yang telah Tuanku tunjukkan antaranya ialah Jelajah Mahkota Johor. Tidak pernah berlaku seorang kerabat DiRaja menghabiskan sekian masanya hanya kerana ingin bertemu rakyat jelata.

Bangsa Johor tiada pilihan selain bersama berganding bahu mempertahankan Institusi DiRaja yang kita sayangi. Perbuatan melampau seperti ini mesti dihentikan. Jangan sesekali mengaitkan Istana dengan masalah politik negara.

Kami desak si pelaku untuk tampil mohon maaf kepada Tuanku Sultan secara terbuka dengan kesalahan membuat spekulasi jahat terhadap Tuanku Sultan.

Jangan bersikap biadab dan menderhaka. Maruah melayu terletak pada adab dan sopan susilanya. Kita bangsa berbahasa.

Daulat Tuanku.

Rusman Kemin
Ketua Penerangan
PAS Negeri Johor
10 Jun 2021

https://www.facebook.com/130408417510818/posts/885847671966885/?d=n