Home Berita PAS Kedah

Bantuan berterusan kepada penduduk sik

28
SHARE

SIK, 10 Jun : Pada hari ini 45 keluarga yang terputus bekalan makanan di Daerah Sik terus dibantu dengan menerima sumbangan pek makanan daripada petugas Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Sik.

Pek makanan yang diagihkan kepada penduduk Sik ini adalah hasil sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PKRAPS), YB Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Adun Jeneri/YAB Menteri Besar Kedah dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Adun Belantik, YB Ustaz Mohd Isa bin Shafie.

Jika sesiapa yang terputus bekalan makanan ataupun dikuarantin sepanjang PKP 3.0 Fasa I ini boleh hubungi PKOB di talian 04-7028883.