Home Berita PAS Kelantan

Sukarelawan DUN Temangan gerak misi bantuan mangsa banjir di Selangor

164
SHARE

SELANGOR, 27 Dis: Terkesan dengan nasib mangsa bencana banjir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan mengambil langkah segera dengan menggerakkan pasukan sukarelawannya dari “Team Bantuan Bencana Banjir DUN Temangan” yang terdiri dari dua kumpulan iaitu gonyoh gaha dan Team jejaki anak perantau DUN Temangan.

Melalui perkongsian pada laman sosialnya, usaha menjejak anak perantau yang terkesan dengan banjir baru-baru ini telah mengambil masa dua hari, antara lokasi yang dijejaki adalah di Taman Sri Muda, Padang Jawa, Sri Aman Puchong, Bukit Lanchong, Hulu Langat dan beberapa tempat di kawasan lain.

Dalam pada itu, sumbangan berupa wang tunai turut diagihkan kepada beberapa buah keluarga yang terjejas akibat banjir besar baru-baru ini.

Manakala team gonyoh dan gaha bertungkus lumus membersihkan rumah-rumah penduduk, jalan raya dan kawasan sekitar dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa banjir.

Sementara itu, beliau berharap agar semua anak perantau yang terlibat dengan bencana banjir ini agar bersabar dan sentiasa di permudahkan Allah SWT atas segala urusan.