Home Rencana PAS Perak

Sukan | Harapan pingat emas sulung buat negara; Olimpik Tokyo 2020

208
SHARE

Sukan Olimpik merupakan temasya sukan yang paling berprestij di dunia selain daripada sukan bolasepak Piala Dunia.

Sukan Olimpik diadakan setiap 4 tahun sekali, sukan ini menampilkan atlet-atlet berstatus bintang dari seluruh dunia bersaing merebut pingat emas yang ditawarkan selain mencipta rekod baru dunia.

Untuk rekod penyertaan Malaysia, Kontinjen Malaysia telah menyertai temasya Sukan Olimpik sejak penyertaan pertama di Sukan Olimpik Melbourne 1956. Cuma pada 1980 di mana Malaysia telah menyertai gagasan negara-negara lain menarik diri dan memboikot Sukan Olimpik Moscow 1980 sebagai membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sejarah Malaysia di Olimpik bermula apabila Malaysia ketika itu selaku Persekutuan Tanah Melayu bertanding sebagai Malaya (MAL) untuk Sukan 1956 dan 1960 Borneo Utara menghantar pasukan sendiri ke Sukan 1956, sementara Singapura turut bertanding di Olimpik dari tahun 1948 hingga 1960.

Setelah ketiga-tiga jajahan British ini membentuk gagasan Malaysia yang merdeka pada tahun 1963, pasukan negara bertanding dengan nama itu buat julung kalinya di Sukan Olimpik Musim Panas 1964.

Kemudian, Singapura merdeka dari Malaysia pada 1965 lantas terus bertanding sebagai Singapura bermula dari 1968 dan acara sukan olimpik seterusnya.

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Malaysia diasaskan pada tahun 1953 dan menerima pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 1954.

Semenjak memenangi pingat pertama di temasya Barcelona 1992, Malaysia hanya meraih pingat dari acara badminton, sehinggalah Pandelela Rinong meraih pingat gangsa dari acara terjun pada temasya London 2012

Olimpik Rio 2016 merupakan rekod paling cemerlang buat kontijen Malaysia apabila berjaya membawa pulang empat pingat perak dan satu pingat gangsa.

Sejak penglibatan Malaysia dalam Sukan Olimpik, sukan seperti akuatik (terjun), badminton dan berbasikal merupakan sukan yang kerap menyertainya sehingga tahun 2016. Malah, hoki juga antara wakil Malaysia yang konsisten bertanding di Sukan Olimpik kecuali di Rom 1960, Seoul 1988, Athens 2004 dan Beijing 2008.

Semoga Sukan Olimpik di Tokyo 2020 yang akan bermula pada 23 Julai sehingga 8 ogos ini bakal memberikan sinar harapan buat atlit negara dalam membawa pingat emas sulung negara ke bumi Malaysia.

Anda harapan kami !

Hady Azman
Pengarah DACS Perak