Home Kenyataaan Media PAS Perak

DACS Negeri Perak mendoakan kejayaan buat atlit Sukan Olimpik Negara.

16
SHARE
DACS Negeri Perak mendoakan kejayaan buat atlit Sukan Olimpik Negara.
DACS Negeri Perak mendoakan kejayaan buat atlit Sukan Olimpik Negara yang akan berlangsung pada 23 Julai sehingga 8 ogos 2021 ini sekaligus mengharapkan atlit Malaysia berjaya membawa pingat emas sulung buat negara.
Sukan Olimpik merupakan temasya sukan yang paling berprestij di dunia selain daripada sukan bolasepak Piala Dunia.
Sukan Olimpik diadakan setiap 4 tahun sekali, sukan ini menampilkan atlet-atlet berstatus bintang dari seluruh dunia bersaing merebut pingat emas yang ditawarkan selain mencipta rekod baru dunia.
Malaysia bakal menyertai 10 acara melibatkan 30 orang atlit negara. Semestinya, sebagai peminat sukan negara, kita mengharapkan atlit Malaysia bakal mengulangi kejayaan mereka meraih 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa pada Sukan Olimpik Rio edisi 2016 yang lepas.
Semoga kali ini, pingat emas sulung bakal dibawa pulang oleh atlit negara kita. Ayuh !
Anda harapan kami !
Hady Azman
Pengarah DACS Perak