Home Rencana PAS Perak

Karya Kreatif | Wanita Pilihan Allah

78
SHARE

Wanita Pilihan Allah

Oleh: Husna Saidon,
Ketua Dewan Muslimat PAS Padang Rengas

Kisah wanita bernama Hajar
Jadi tauladan kepada yg pintar
Di gurun tandus yang amat pijar
Dia berlari terkejar-kejar
Mencari air penghilang lapar.

Atas perintah Ilahi Rabbi
Ditinggalkan suami yang dicintai
Bersama anak yang dikasihi
Kerana Allah dia mentaati.

Tiada manusia yang bertandang
Hati Hajar amatlah bimbang
Namun anaknya sentiasa ditatang
Ke sana ke mari pergi dan pulang
Mengharap pertolongan Allah datang.

Berlari dia ke Safa dan Marwah
Terpancut zamzam melimpah ruah
Allah itu Maha Pemurah
Memberi rezeki selepas musibah
Kerana dalam rencana Allah
Semua itu ada hikmah.

Sejak itu jadi tempat singgah
Berbagai puak dan juga kabilah
Mendirikan khemah melepas lelah
Kemudian mereka membina rumah
Akhirnya membangunkan kota Makkah.

Pengorbanan Hajar ditinggalkan suami
Hidup dia seorang diri
Pengorbanan Ibrahim tidak terperi
Terpaksa berpisah dengan anak isteri
Perintah Allah wajib ditaati.

Ismail pula sentiasa berserah
Kepada ayah kerana Allah
Walau disembelih dia pasrah
Matlamat hidup untuk ibadah.

Keluarga ini jadi tauladan
Pengorbanan mereka tiada tandingan
Hanya mengharap redha Tuhan
Di dunia ini dan hari kemudian.