STREET DAKWAH AMBANG MERDEKA
MUAR : Ameerah Muar dengan kerjasama gabungan tenaga dari ARC Muar, Jabatan Amal, Briged Muslimat dan Lajnah Dakwah DMPK Muar telah melaksanakan program sempena menyambut kemerdekaan negara yang ke 61.
Program yang diadakan pada 30 Ogos 2018 bertempat di Dataran Tanjung Emas telah mendapat respons yang positif di atas usaha murni menyebarkan satu pendekatan dakwah khususnya kepada anak-anak muda yang menyambut malam hari kemerdekaan.
Antara pengisian program adalah bermula dengan solat berjemaah di masjid, bacaan yassin, edaran risalah dan street dakwah di sekitar dataran serta kibaran Jalur Gemilang bermotor oleh konvoi ARC.