Home Artikel PAS Johor

KARNIVAL SUKAN HARI KEMERDEKAAN PASTI KAWASAN MUAR

89 views
SHARE

KARNIVAL SUKAN HARI KEMERDEKAAN PASTI KAWASAN MUAR

MUAR : Sempena sambutan hari kemerdekaan, pihak MGP Kawasan Muar dan DPPK Muar telah mengadakan Karnival Sukan Hari Kemerdekaan pada 1 September 2018 yang lalu.

Program diadakan di padang SK Parit Jawa, Muar ini telah melibatkan seramai 330 peserta dari 12 buah Pasti di Dun Maharani dan Dun Sungai Balang.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDP Kawasan Muar Abd Aziz Talib.

Menurut Pengarah Program tersebut, Puan Norhafizah Hassan, antara acara yang dipertandingkan acara lari 50 meter, lari berganti 2 x 25 meter, sukaneka, dam ular gergasi, bola sepak dan bola jaring.Turut serta memeriahkan acara ialah acara ibu bapa iaitu masukkan bola dalam jaring dan kepit belon.

Pihak Jabatan Amal dan Briged Muslimat Muar turut membantu melancarkan perjalanan program yang tamat kira-kira jam 1.00 tengah hari.