Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

STBC Pusat sumbang 500 kampit beras

35
SHARE

Oleh : Faizah Y

STBC Pusat menurunkan beras di Teratak Amal, Markas Dun Kota, Rembau.

KUALA PILAH – Tuan Haji Ishak Omar, Pengerusi LKK PAS Negeri Sembilan telah menerima 500 kampit beras jenama Faiza dari Sumbangan Tabung Bencana Covid19 (STBC) Pusat di Teratak Amal, Markas Dun Kota, Perlimen Rembau hari ini.

Beras tersebut adalah untuk disumbangkan kepada mereka yang dikuarantin dan yang terjejas semasa PKP ini di lapan kawasan di Negeri Sembilan.

Puan Norfaizah Yusof , Ketua LKK PAS Kuala Pilah menerima 50 kampit beras untuk kawasan Kuala Pilah dan 50 kampit untuk PKPD Guntur.

Kawasan pertama yang menerima 50 kampit beras ialah di Kuala Pilah dan 50 kampit lagi untuk PKPD Kg Orang Asal Guntur yang telah diterima oleh Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kuala Pilah, Puan Norfaizah Yusof di Gentam.

Usai penghantaran di Kuala Pilah, Tuan Haji Ishak terus bergerak ke Bahau dan seterusnya menurunkan 50 kampit beras di sana untuk Kawasan Jempol diterima oleh Ketua LKKP DMNS Puan Rohayati Md Din.

Amanah digalas dengan penuh iltizam dan sabar bagi memastikan sumbangan tersebut sampai segera kepada penerima yang telah mememohon untuk mendapatkan bantuan menerusi maklumat dari kawasan terbabit.

Turut hadir membantu Sdr Idris , AJK Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.