Home Berita PAS Perlis

FoodBank bantu penduduk Kampung Banat

63
SHARE

Oleh Nur ‘Iffah

ARAU: Pertubuhan Komuniti dan Kebajikan Arau (PeKA) dan JPRD Tambun Tulang, Arau telah menggerakkan Program Food Bank Bantuan Covid-19, di Kampung Banat, dekat sini semalam.

Menerusi program berkenaan, para penduduk yang terjejas menerima sumbangan bahan makanan.

Pengerusi PeKA, Noramrul Amri Chan, berkata sumbangan orang ramai melalui PeKA juga, telah membantu pihaknya menyediakan stok bahan makanan untuk diagihkan.

“Hasil sumbangan daripada orang ramai melalui PeKA, maka kami telah agihkan kepada penerima-penerima yang telah dikenalpasti,” katanya ketika ditemui sebaik sahaja program penyerahan tamat.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para AJK PeKA dan JPRD Tambun Tulang yang turut turun padang menjayakan program tersebut.