Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Statut Rom : Serangan PH Terhadap Majlis Raja-Raja

986 views
SHARE


PH SERANG MAJLIS RAJA-RAJA ?

Kenyataan Media Penerangan.275/146
3 Syaaban 1440 | 9 April 2019

Statut Rom : Serangan PH Terhadap Majlis Raja-Raja

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menuntut penjelasan daripada YB Menteri Luar Negeri yang mengatakan mengenai wujud kumpulan ‘deep state’ yang berkemungkinan melakukan kudeta ke atas kerajaan.

2. Beliau berkata demikian selepas pengumuman YAB Perdana Menteri menarik semula Statut Rom beberapa hari lalu.

3. Ucapan beliau yang mendakwa wujudnya ‘deep state’ dan ancaman ‘kudeta’ turut dikongsi oleh beberapa pemimpin PH yang lain.

4. Selain beliau, beberapa pemimpin PH juga menempelak tindakan penarikan semula dengan pelbagai kata-kata kesat yang lain.

5. Persoalannya, kepada siapa kata-kata kesat tersebut ditujukan?

6. Kini, pemimpin PH memberikan tekanan pula terhadap empat orang ahli akademik yang mengemukakan rumusan eksekutif Statut Rom kepada Majlis Raja-Raja.

7. Tindakan ini sangat keterlaluan dan mengongkong ahli akademik untuk mengutarakan pendapat mereka.

8. PAS juga turut mempersoalkan apa sebenarnya tindakan Peguam Negara yang berperanan untuk memberi nasihat kepada Perdana Menteri dalam hal ini?

9. Dimaklumkan, Peguam Negara juga turut hadir bersama dengan Menteri Luar dalam pertemuan bersama Majlis Raja-Raja tempoh hari.

Sekian