Home Berita PAS Kelantan

Status naik taraf LTSIP siap 11.63 peratus

250
SHARE

KOTA BHARU, 18 Jul: Status terkini keseluruhan projek naik taraf dan pelebaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa sudah mencapai kemajuan 11.63 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur,Pengangkutan Dan Utiliti Negeri Kelantan YB Dato’ Sr Azami Mohd Nor mengesahkan jumlah peratusan tersebut ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, berdasarkan jadual sehingga 9 Julai lalu, kerja-kerja naik taraf LTSIP berjalan lancar mengikut anggaran yang dirancang dan sudah mencapai kemajuan seperti dikehendaki iaitu 11.63 peratus.

Beliau optimis projek pembesaran dan menaik taraf LTSIP yang menelan kos RM440 juta itu berjalan mengikut perancangan dan akan siap pada pertengahan tahun 2024.