Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Status Agama Dalam Kad Pengenalan Mesti Dikekalkan

397 views
SHARE


STATUS ISLAM DALAM IC

Kenyataan Media Penerangan. 279/150
24 Sya’ban 1440 | 30 April 2019

STATUS AGAMA DALAM KAD PENGENALAN MESTI DIKEKALKAN

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju dengan keputusan YB Menteri Dalam Negeri untuk mengekalkan status agama dalam kad pengenalan.

2. Perkara yang dibangkitkan oleh Senator DAP di Dewan Negara pada Rabu lepas tidak wajar dibangkitkan. Isu ini sudah terdapat ketetapan dan ia juga bertujuan untuk menjaga keutuhan perpaduan kaum di Malaysia.

3. Mengapa DAP sengaja mahu mencetuskan konflik perkauman dengan menyentuh asas-asas kenegaraan sekarang?

4. Status agama dalam kad pengenalan bukan menunjukkan rasisme. Adakah salah identiti kaum atau agama bagi menunjukkan seorang rakyat Malaysia?

5. Tidakkah kita sedar keunikan Malaysia ialah kepelbagaian ras dan agama yang hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain?

6. Tambahan pula, status agama dalam kad pengenalan boleh memudahkan pelbagai urusan terutama yang melibatkan urusan prosedur perundangan.

7. Kepelbagaian agama dan kaum tidak menjadi penghalang kepada identiti nasional.

8. Lebih membimbangkan sekiranya identiti nasional akan menjadikan rakyat melupakan asal usul sesuatu adat warisan, malah lebih buruk lagi menghakis pegangan agama.

9. Adakah tindakan DAP mahu membawa kepada kesamarataan semua rakyat dan menghilangkan hak-hak istimewa sesuatu kaum khususnya Melayu seperti dijamin dalam Perlembagaan?

Islam Memimpin

Sekian