Home Berita PAS Kedah

SRITI terus berkembang bentuk generasi rabbani

186
SHARE

KUALA KETIL – Majlis Konvensyen Guru SRITI Malaysia telah diadakan di Dewan Eksperimenta, UniSHAMS buat kali pertama, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang juga Ketua Sektor Pendidikan, Ustaz Mohd Aizat Zakaria hadir sebagai tetamu jemputan bagi mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam majlis tersebut.

Ucaptama dan penyampaian diploma disempurnakan oleh Al Mursyidul Am, Dato’ Hashim Jasin diikuti oleh ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh YB Brigedier Jeneral (B) Dato’ Najmi bin Hj Ahmad, selaku Exco Kerajaan Negeri Kedah.

“SRITI bermula pada tahun 2015 yang diketuai oleh ketua pengarah yang pertama iaitu Ustaz Mohamad Ismail.

“Sehingga kini bilangan sekolah SRITI seluruh malaysia berjumlah 157 buah dengan guru seramai 1,700 orang manakala seramai 199 orang guru telah berjaya bergraduan pada hari ini.

“SRITI adalah kesinambungan dari PASTI, khususnya dalam pendidikan Islam, membentuk generasi rabbani yang taat kepada Tuhan Pentadbir Alam ini iaitu Allah S.W.T,” ujar Ustaz Mohd Aizat dalam ucapannya.

Beliau turut menegaskan bahawa antara kejayaan SRITI pada hari ini adalah dengan tertubuhnya SMITI sekaligus berlaku perkembangan yang baik dalam halatuju sektor pendidikan yang berpaksikan 5 perkara utama berikut:

⁃ Menawarkan pendidikan Islam sebagai pilihan utama

⁃ Pendidikan berkonsepkan Rabbani

⁃ Prasana yang konduktif

⁃ Kebajikan sektor perguruan khususnya guru guru agama

⁃ Pengurusan yang baik dalam pentadbiran

Selain itu, beliau juga mengambil kesempatan bagi mengucapkan tahniah kepada semua guru SRITI yang bergraduasi dan setinggi-tinggi penghargaan kepada SRITI Malaysia kerana telah berusaha menjayakan majlis ini buat julung kalinya.