Home Berita PAS Negeri Sembilan

Taklimat SkimPAS kepada guru PASTI kawasan Jempol

109
SHARE

Oleh RUSILAH MD SOM

JEMPOL, 8 Mac: Seramai 36 orang guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Jempol telah mendengar taklimat Skim Kifalah Ahli PAS (SkimPAS) sebaik sahaja mereka selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Guru-guru PASTI (MGP) di sini, semalam.

Wakil Perunding SkimPAS (PSK) Kawasan Jempol, Abdul Rahim Mohd Isa mengambil inisiatif mengadakan taklimat itu bagi memberi kesedaran kepada guru-guru PASTI kepentingan mencarum di dalam skim yang ditawarkan oleh PAS Pusat.

Sehubungan dengan itu, beliau telah menjemput Ketua PSK Negeri Sembilan, Rusilah Md Som bagi menyampaikan takmimat SkimPAS kepada guru-guru.

Abdul Rahim menyatakan ucapan terima kasih kepada Ketua PSK Negeri Sembilan serta mencadangkan agar kawasan lain dapat menjemput beliau atas penerangan tentang SkimPAS yang terang dan jelas.

Rusilah juga menyeru kepada semua guru PASTI agar menyertai SkimPAS kerana objektif utama penubuhannya ialah sebagai infaq fisabilillah di samping untuk menjaga kebajikan ahli, dapat menambah keahlian PAS, menjadi medan membina ukhuwah dan juga sebagai satu usaha bagi mengumpul dana parti.

Majlis taklimat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Muslimat PAS Kawasan Jempol, Bibah Tumin, Pengerusi MGP yang baharu di lantik, Maimunah Azarai dan Timbalan Pengerusinya Rohayati Madin.